Assalamualaikum

" Ya Allah..sekiranya rezekiku masih di langit, Engkau turunkanlah ia. Sekiranya masih di bumi, Engkau keluarkanlah ia. Sekiranya masih jauh, Engkau dekatkanlah ia, Sekiranya haram, Engkau sucikanlah ia. Sekiranya susah, Engkau mudahkanlah ia. Berkat keagunganMu, KebesaranMu, KekuatanMu..kurniakanlah kami sebagaimana Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Tab Menu

Khamis, 19 Disember 2013

ANAKKU SEORANG DOKTOR

Assalamualaikum semua...
Rindu sangat dekat si comel ni .. nama di beri NUR AIDA ADRIANA... Macam biasa kalau cuti sekolah Adriana akan bercuti di rumah nenek nya di Kuching (rumah mertua saya).. kalau cuti 1 bulan maka 1 bulan lah saya dan suami berjauhan dgn nya. Kalau dulu Adriana masih belum pandai membuat panggilan telefon.. Jadi saya dan suami akan call ke Kuching... Tapi sekarang gadis manis ni dah pandai dan hafal no hp mak dia.. Setiap masa call.. Habis la bil telefon rumah nenek nya.
 
Tahun 2014 Adriana akan masuk Darjah 1... Best nya dan mak dia pula terlebih excited.. hahahaaa...
 
Dulu dia sekolah di TADIKA KEMAS KPG JERIAH, berdekatan dengan kediaman kami di Sibu. Dia mula belajar dekat sekolah itu pada tahun 2011. Pada usia  4 tahun.. Jadi dia telah belajar dekat situ selama 3 tahun.. RAmai kawan - kawan dan hubungan dengan cikgu pun rapat.

 
 

Di pendekan cerita, Adriana bercita-cita nak jadi Doktor.. Semoga Allah mempermudahkan urusan Adriana menuntut ilmu dan berjaya dunia akhirat. WAlau apa pun cita-cita dia, saya sebagai ibu akan tetap menyokong asalkan pekerjaan yang memberi manfaat, halal danmembantu orang ramai.

Mom miss u Adriana yang comel..!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih...Datang Lagi.