Assalamualaikum

" Ya Allah..sekiranya rezekiku masih di langit, Engkau turunkanlah ia. Sekiranya masih di bumi, Engkau keluarkanlah ia. Sekiranya masih jauh, Engkau dekatkanlah ia, Sekiranya haram, Engkau sucikanlah ia. Sekiranya susah, Engkau mudahkanlah ia. Berkat keagunganMu, KebesaranMu, KekuatanMu..kurniakanlah kami sebagaimana Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Tab Menu

Khamis, 19 Disember 2013

ANAKKU SEORANG DOKTOR

Assalamualaikum semua...
Rindu sangat dekat si comel ni .. nama di beri NUR AIDA ADRIANA... Macam biasa kalau cuti sekolah Adriana akan bercuti di rumah nenek nya di Kuching (rumah mertua saya).. kalau cuti 1 bulan maka 1 bulan lah saya dan suami berjauhan dgn nya. Kalau dulu Adriana masih belum pandai membuat panggilan telefon.. Jadi saya dan suami akan call ke Kuching... Tapi sekarang gadis manis ni dah pandai dan hafal no hp mak dia.. Setiap masa call.. Habis la bil telefon rumah nenek nya.
 
Tahun 2014 Adriana akan masuk Darjah 1... Best nya dan mak dia pula terlebih excited.. hahahaaa...
 
Dulu dia sekolah di TADIKA KEMAS KPG JERIAH, berdekatan dengan kediaman kami di Sibu. Dia mula belajar dekat sekolah itu pada tahun 2011. Pada usia  4 tahun.. Jadi dia telah belajar dekat situ selama 3 tahun.. RAmai kawan - kawan dan hubungan dengan cikgu pun rapat.

 
 

Di pendekan cerita, Adriana bercita-cita nak jadi Doktor.. Semoga Allah mempermudahkan urusan Adriana menuntut ilmu dan berjaya dunia akhirat. WAlau apa pun cita-cita dia, saya sebagai ibu akan tetap menyokong asalkan pekerjaan yang memberi manfaat, halal danmembantu orang ramai.

Mom miss u Adriana yang comel..!!


Isnin, 16 Disember 2013

ILMU PERCUMA HANYA UNTUK YANG INGIN BERJAYA

Assalamualaikum semua pengunjung blog Aida... Semoga anda semua sihat dan happy dengan setiap perkongsian dari saya.

Hari ni nak share sedikit tentang MAGIC CLASS UNTUK KAMI PENGEDAR SAH SHAKLEE.

Tarikh : 14 Disember 2013
Lokasi : Homestay Kartini, Kuching Sarawak



Dalam class ini kami jemput MASTER NURZAHIRAH supaya beliau dapat memberi tunjuk ajar dan share ilmu serta pengalaman yang ada.

Dalam class ni terlalu bnyak ILMU PERCUMA yang di perolehi. Sebab tu apabila kita sebagai  PENGEDAR SAH SHAKLEE memang sangat beruntung dan istimewa... Join sahaja Shaklee memang ada mentor yang akan memberi "jalan' kepada kita. Mentor akan tunjuk kan kita jalan - jalan yang mudah untuk kita capai IMPIAN, capai MATLAMAT, capai CITA-CITA.


[bersama anak & cucu shaklee yang hebat..!!]
 
 
Dalam group kami, kami akan bekerjasama dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.. Hubungan memang ibarat seperti adik - beradik.. Ada masalah kami selesai bersama, ada jalan kami lalui sama-sama, jika susah kami atasi sama-sama. Jadi apabila kita join kita tidak akan terasa asing dan stress sorang-sorang.

DAlam gambar ini antara kami yang hadir. Semua ada cerita , pengalaman, halangan, keistimewaan serta pencapaian masing-masing. Sangat happy bila jumpa mereka semua dari pelbagai lokasi yang berbeza.

 
 
Sesi class kami berlangsung dengan santai tetapi agenda sangat padat dan tajuk setiap topik di bincangkan sangat memberi inspirasi kepada kami semua. Saya pasti semua peserta SEMANGAT GILER...
 [ bersama anak dan cucu shaklee - supervisor ]
 
Saya juga di beri satu tajuk untuk di kongsi kepada semua peserta iaitu SAYA ISTERI, IBU, PEKERJA DAN SID. Mula - mula dapat tajuk ini saya senyum sahaja sebab saya rasa tidak susah. Saya akan kongsi dari pengalaman sebenar dan apa yang saya lalui setiap hari sepanjang bergelar PENGEDAR SAH SHAKLEE.. Alhamdulillah Allah telah permudahkan segala nya. Lega bila dapat share sesuatu yang dapat memberi semangat kepada kawan-kawan yang lain. Semoga impian dan usaha kami di permudahkan serta berjaya sehingga rank Master . Saya sentiasa memanjatkan doa semoga Allah memberkati segala urusan kami dan memudahkan perjalanan kami.
 
 
Sehingga berjumpa lagi. Sekian sahaja perkongsian dari saya. Insan yang masih belajar dan sentiasa memerlukan tunjuk ajar.
 
me : Aida Jwk
 

Jumaat, 6 Disember 2013

OMEGA GUARD SHAKLEE TEMAN SETIA KU

Assalamualaikum semua pembaca blog aida semua...
Hari ni saya nak share tentang PROMOSI HEBAT bulan ini (Disember 2013) iaitu OMEGA GUARD SHAKLEE...BUY 6 FREE 1 = 7 BOTOL. Bagi saya Promosi ni cukup jimat dan sangat rugi kalau tak dapatkan nya segera. Tambahan pula dengan pembelian 1 SET Omega ( 7 botol ) ni, maka anda akan dapat FREE MEMBERSHIP... WOW... dapat la  jana income terus selepas ni... kalau tak nak berniaga pun, buat la stock untuk simpanan diri dan family kat rumah....( 7 botol tu nak jual boleh dan untuk simpanan sendiri pun boleh...share ler dgn family dan kawan2,  )
 
Nak tahu tak, omega ni memang dah lama saya amalkan dalam kehidupan seharian... setiap hari memang tak pernah tinggal pun... dah jadi kebiasaan, lagipun Omega memang banyak khasiat untuk lelaki dan wanita...
 
jom kita dalami lebih lanjut tentang OMEGA GUARD SHAKLEE...


Faedah & kepentingan Omega-3:

  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat

Mengapa Omega Guard Shaklee?

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
Buat pengetahuan semua saya memang sentiasa ada READY STOCK..jadi, jika anda ingin memiliki 1 botol,  2 botol, 3 botol or BUY 6  FREE 1 dan FREE MEMBERSHIP boleh lah hubungi saya di talian 013-8024147 / 019-8417576

Fb : Aida Jwk
Page : Cantik & Sihat - Aida Jwk