Assalamualaikum

" Ya Allah..sekiranya rezekiku masih di langit, Engkau turunkanlah ia. Sekiranya masih di bumi, Engkau keluarkanlah ia. Sekiranya masih jauh, Engkau dekatkanlah ia, Sekiranya haram, Engkau sucikanlah ia. Sekiranya susah, Engkau mudahkanlah ia. Berkat keagunganMu, KebesaranMu, KekuatanMu..kurniakanlah kami sebagaimana Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Tab Menu

Jumaat, 19 April 2013

KEPENTINGAN MINUM AIR KOSONG/PUTIH


Kita memang  dinasihatkan untuk meminum air putih dengan banyak kerana jika kekurangan air badan kita akan mudah terganggu oleh pelbagai dehidrasi,keletihan,kurang tumpuan dan boleh juga menyebabkan sakit kepala dan juga pelbagai masalah lain akan berlaku.

Untuk pengetahuan anda 60 peratus dari tubuh kita adalah air jadi air memang penting untuk tubuh kita.

Minumlah dua gelas air putih, dua jam sebelum berolahraga dan sepanjang berolahraga itu sempatkanlah diri anda untuk minum beberapa teguk air setiap 15 minit dan minum dua gelas lagi bagi setiap 15 minit dan minumlah dua gelas lagi setelah selesai berolahraga.

Potassium,Sodium,magnesium,chloride dan sulphur adalah sejenis mineral yang terdapat dalam air putih dalam kadar berbeza-beza iaitu bergantung kepada dari mana sumber air tersebut diperolehi.

******************************************************************************
Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.


Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan
atau minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.


Manfaat meminum air putih/kosong:

1. Menetralisir racun dalam tubuh
2. Membakar lemak
3. Membersihkan racun dalam ginjal

Minum air dan tetap sehat dan aktif. Untuk siapa saja yang suka Minum air ais(air dingin).

Hal ini sangat masuk akal, orang Chinese dan Jepun minum teh panas(tanpa gula&susu) setelah makan, bukan air ais. Mungkin ini saatnya bagi kita untuk menukar kebiasaan tersebut.


Mungkin sangat nikmat minum air ais setelah makan, namun air ais akan membekukan lemak yang baru saja kita makan . Dengan membekunya lemak akan memperlambat pencernaan.

Ketika lemak yang membeku ini bereaksi dengan asam, lemak akan dipecah dan diserap intestine lebih cepat dibanding makanan pada. Dengan cepat akan berubah menjadi lemak dan dapat menimbulkan barah . Sangat disarankan untuk menkonsumsi sup panas atau air hangat setelah makan. Air mineral pun okay juga  kalau korang rajin..



Masa yang sesuai untuk minum:

1-minum 2 gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR. ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.


2-minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN. ianya membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.


3-minum segelas air masak SEBELUM MANDI. ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.


4-minum segelas air masak SEBELUM TIDUR. ianya dapat mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur.


Kesimpulannya kita sangat2 digalakkan untuk minum air masak sekerap yang boleh dengan kadar yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di atas adalah masa yang baik untuk minum air.


info: http://v12gether.blogspot.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih...Datang Lagi.