Assalamualaikum

" Ya Allah..sekiranya rezekiku masih di langit, Engkau turunkanlah ia. Sekiranya masih di bumi, Engkau keluarkanlah ia. Sekiranya masih jauh, Engkau dekatkanlah ia, Sekiranya haram, Engkau sucikanlah ia. Sekiranya susah, Engkau mudahkanlah ia. Berkat keagunganMu, KebesaranMu, KekuatanMu..kurniakanlah kami sebagaimana Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Tab Menu

Isnin, 18 Februari 2013

FAKTA MENARIK TENTANG BAYI



* Bayi tiada air mata sehinggalah mereka berusia 5 minggu, walaupun mereka menangis dan menjerit.

* Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak akan terbentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

* Bayi mempunyai lebih tulang iaitu sebanyak 300 berbanding orang dewasa hanya 206. Kebanyakan tulang tersebut akan bercantum semasa bayi membesar.

* Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

* Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

* Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan digantikan sepenuhnya dengan rambut baru apabila berusia 6 bulan.

* Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyian dan mengenali suara ibunya serta merta.

* Bayi mempunyai deria bau yang kuat dan boleh mengenali bau badan ibunya sebaik dilahirkan.

* Deria rasa bayi tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Bayi tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

* Degupan jantung bayi baru lahir adalah diantara 120-160 degupan seminit berbanding orang dewasa iaitu 60-80 degupan seminit.

* Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding orang dewasa 16-20 nafas seminit.

* Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

* Bayi yang baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

* Bayi cuma mempunyai 1 lapisan kulit, sebab itulah ia mudah alah dan kemerah-merahan jika terdedah dengan losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga, suhu persekitaran yang panas dan sebagainya.

* Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan namun kebolehan tersebut akan hilang dengan cepat.

* Mendengarkan bayi muzik klasik menambahkan kepintaran bayi.

Sumber : http://sinarcahayamata.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih...Datang Lagi.