Assalamualaikum

" Ya Allah..sekiranya rezekiku masih di langit, Engkau turunkanlah ia. Sekiranya masih di bumi, Engkau keluarkanlah ia. Sekiranya masih jauh, Engkau dekatkanlah ia, Sekiranya haram, Engkau sucikanlah ia. Sekiranya susah, Engkau mudahkanlah ia. Berkat keagunganMu, KebesaranMu, KekuatanMu..kurniakanlah kami sebagaimana Engkau kurniakan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Tab Menu

Khamis, 19 Disember 2013

ANAKKU SEORANG DOKTOR

Assalamualaikum semua...
Rindu sangat dekat si comel ni .. nama di beri NUR AIDA ADRIANA... Macam biasa kalau cuti sekolah Adriana akan bercuti di rumah nenek nya di Kuching (rumah mertua saya).. kalau cuti 1 bulan maka 1 bulan lah saya dan suami berjauhan dgn nya. Kalau dulu Adriana masih belum pandai membuat panggilan telefon.. Jadi saya dan suami akan call ke Kuching... Tapi sekarang gadis manis ni dah pandai dan hafal no hp mak dia.. Setiap masa call.. Habis la bil telefon rumah nenek nya.
 
Tahun 2014 Adriana akan masuk Darjah 1... Best nya dan mak dia pula terlebih excited.. hahahaaa...
 
Dulu dia sekolah di TADIKA KEMAS KPG JERIAH, berdekatan dengan kediaman kami di Sibu. Dia mula belajar dekat sekolah itu pada tahun 2011. Pada usia  4 tahun.. Jadi dia telah belajar dekat situ selama 3 tahun.. RAmai kawan - kawan dan hubungan dengan cikgu pun rapat.

 
 

Di pendekan cerita, Adriana bercita-cita nak jadi Doktor.. Semoga Allah mempermudahkan urusan Adriana menuntut ilmu dan berjaya dunia akhirat. WAlau apa pun cita-cita dia, saya sebagai ibu akan tetap menyokong asalkan pekerjaan yang memberi manfaat, halal danmembantu orang ramai.

Mom miss u Adriana yang comel..!!


Isnin, 16 Disember 2013

ILMU PERCUMA HANYA UNTUK YANG INGIN BERJAYA

Assalamualaikum semua pengunjung blog Aida... Semoga anda semua sihat dan happy dengan setiap perkongsian dari saya.

Hari ni nak share sedikit tentang MAGIC CLASS UNTUK KAMI PENGEDAR SAH SHAKLEE.

Tarikh : 14 Disember 2013
Lokasi : Homestay Kartini, Kuching Sarawak



Dalam class ini kami jemput MASTER NURZAHIRAH supaya beliau dapat memberi tunjuk ajar dan share ilmu serta pengalaman yang ada.

Dalam class ni terlalu bnyak ILMU PERCUMA yang di perolehi. Sebab tu apabila kita sebagai  PENGEDAR SAH SHAKLEE memang sangat beruntung dan istimewa... Join sahaja Shaklee memang ada mentor yang akan memberi "jalan' kepada kita. Mentor akan tunjuk kan kita jalan - jalan yang mudah untuk kita capai IMPIAN, capai MATLAMAT, capai CITA-CITA.


[bersama anak & cucu shaklee yang hebat..!!]
 
 
Dalam group kami, kami akan bekerjasama dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.. Hubungan memang ibarat seperti adik - beradik.. Ada masalah kami selesai bersama, ada jalan kami lalui sama-sama, jika susah kami atasi sama-sama. Jadi apabila kita join kita tidak akan terasa asing dan stress sorang-sorang.

DAlam gambar ini antara kami yang hadir. Semua ada cerita , pengalaman, halangan, keistimewaan serta pencapaian masing-masing. Sangat happy bila jumpa mereka semua dari pelbagai lokasi yang berbeza.

 
 
Sesi class kami berlangsung dengan santai tetapi agenda sangat padat dan tajuk setiap topik di bincangkan sangat memberi inspirasi kepada kami semua. Saya pasti semua peserta SEMANGAT GILER...
 [ bersama anak dan cucu shaklee - supervisor ]
 
Saya juga di beri satu tajuk untuk di kongsi kepada semua peserta iaitu SAYA ISTERI, IBU, PEKERJA DAN SID. Mula - mula dapat tajuk ini saya senyum sahaja sebab saya rasa tidak susah. Saya akan kongsi dari pengalaman sebenar dan apa yang saya lalui setiap hari sepanjang bergelar PENGEDAR SAH SHAKLEE.. Alhamdulillah Allah telah permudahkan segala nya. Lega bila dapat share sesuatu yang dapat memberi semangat kepada kawan-kawan yang lain. Semoga impian dan usaha kami di permudahkan serta berjaya sehingga rank Master . Saya sentiasa memanjatkan doa semoga Allah memberkati segala urusan kami dan memudahkan perjalanan kami.
 
 
Sehingga berjumpa lagi. Sekian sahaja perkongsian dari saya. Insan yang masih belajar dan sentiasa memerlukan tunjuk ajar.
 
me : Aida Jwk
 

Jumaat, 6 Disember 2013

OMEGA GUARD SHAKLEE TEMAN SETIA KU

Assalamualaikum semua pembaca blog aida semua...
Hari ni saya nak share tentang PROMOSI HEBAT bulan ini (Disember 2013) iaitu OMEGA GUARD SHAKLEE...BUY 6 FREE 1 = 7 BOTOL. Bagi saya Promosi ni cukup jimat dan sangat rugi kalau tak dapatkan nya segera. Tambahan pula dengan pembelian 1 SET Omega ( 7 botol ) ni, maka anda akan dapat FREE MEMBERSHIP... WOW... dapat la  jana income terus selepas ni... kalau tak nak berniaga pun, buat la stock untuk simpanan diri dan family kat rumah....( 7 botol tu nak jual boleh dan untuk simpanan sendiri pun boleh...share ler dgn family dan kawan2,  )
 
Nak tahu tak, omega ni memang dah lama saya amalkan dalam kehidupan seharian... setiap hari memang tak pernah tinggal pun... dah jadi kebiasaan, lagipun Omega memang banyak khasiat untuk lelaki dan wanita...
 
jom kita dalami lebih lanjut tentang OMEGA GUARD SHAKLEE...


Faedah & kepentingan Omega-3:

  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat

Mengapa Omega Guard Shaklee?

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
Buat pengetahuan semua saya memang sentiasa ada READY STOCK..jadi, jika anda ingin memiliki 1 botol,  2 botol, 3 botol or BUY 6  FREE 1 dan FREE MEMBERSHIP boleh lah hubungi saya di talian 013-8024147 / 019-8417576

Fb : Aida Jwk
Page : Cantik & Sihat - Aida Jwk

Rabu, 2 Oktober 2013

Collagen Powder

Collagen Powder


Assalamualaikum semua... apa khabar... tq sebab sentiasa sudi baca apa yang kamek share di blog tok ok.
 
hari tok kmk nak share pasal Shaklee Collagen Powder yang sangat hot dan awesome...
 
kamek sendiri memang tengah amalkan dan memang best kesan nya pada kulit, kuku, rambut, mata dan sebagai nya... kamek akan terus amalkan minum Shaklee Collagen Powder sebab kmk yakin dengan khasiat nya serta di jamin selamat dan berkualiti.
 
Tambahan bulan tok adalah bulan PROMOSI iaitu harga nya murah daripada biasa... so rugi tak grab sekotak.. 2 kotak.. 3 kotak or Buy 6 FREE 1... terus FREE MEMBERSHIP. Siap dpt bonus lagi...!! banyak keistimewaan dan kelebihan nya.
 
jadi.. kenapa kita perlu try Shaklee Collagen Powder tok?
Di antaranya ialah sebab :
 

Kenapa Collagen Powder Shaklee terbaik?

1. Kolagen Daripada Sisik Ikan Merah
Kolagen ni datangnya dari bnyk sumber, ada produk yang berasal dari tomato, blueberry, brokoli, rumpai laut mcm2 lah ..Tapi Kolagen Shaklee berasal dari sisik ikan merah..Kenapa ye?
Tahukah anda ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m (5km)? Makin dalam lautan tu makin tinggi tekanannya kan dan sebab tulah ikan biasa sukar untuk hidup dalam kedalaman tersebut. Berbeza dengan ikan merah, ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 pound ( 9kg), bertelur dan hidup bebas dalam kedalaman tersebut. Sebab inilah ikan merah sumber kolagen terbaik dan tahan lasak:
  • Sangat lasak dan elastik
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
  • Jisim molekul yang sangat rendah
____________________________________________________________
 
 

Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


Untuk kali ini, tok sahaja lah owh.. ada penambahan akan kmk share lagi.. tq kerana sudi berkunjung di blog saya...

me,
aidajwk
013-8024147
Sibu, Sarawak
 * Berat molekul diukur dalam unit Dalton

Khamis, 5 September 2013

CoQHealth™ Plus

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pengunjung blog kmk... Dah lamak kamek sik update blog tok owh... bz bz bz... sbb macam urusn kena buat..

Tapi kmk aktif di dunia fb dan page..
fb : Aida Jwk
Page : Cantik & Sihat - Aida Jwk

so.. hari tok kmk nak cerita tentang Produk baru Shaklee dan di jual dengan harga PROMOSI bulan tok..
Poduk ya bernama CoQHealth™ Plus ...

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari
semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin
E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul
bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi
penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

 CoQ10 telah ditunjukkan dapat:

• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap
   pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di
   dalam darah
 

Manfaat lain Co Enzim Q10 :
1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi 
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,
   mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
 
Untuk info lanjut sila hubungi kamek ok.. saya di Sibu, Sarawak
 
Aidajwk
0138024147

Khamis, 18 Julai 2013

VIVIX SHAKLEE

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama tak update blog kmk tok.... Bukan apa busy.. busy dengan tugasan di pejabat, busy dengan bisnes Shaklee dan coaching anak2 Shaklee yang baru nak memulakan bisnes, busy dengan rumahtangga... Tapi ya semua sik membataskan pergerakan kmk , malah kmk sentiasa semangat dan semangat dgn semua aktiviti dan tanggungjawab kmk..

ok lah nak share produk Shaklee yang baruk jak kmk try... In Sha Allah kmk nak konsisten minum nya supaya lebih kekal sihat, bertenaga, cergas, cantik (cantik ker ..?) dan ayu gituuu..

Semalam (17/07/2013) kmk baru start amal minum Vivix Shaklee... sedap rupa nya.. Vivix berbentuk jus.. pekat ckit la warna merah... tp memang sedap la.. rugi org sik maok try...

kmk terangkan serba sedikit lah tentang Vivix Shaklee tok...

Jemput baca ok... (kmk bukan nya pandei gilak mengarang).. bedal jak la.. janji kitak semua faham apa yg cuba kmk sampaikan ok...

 
 ************************************************
Revolusi Terbaru dari Shaklee

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 

Bakal dipatenkan tidak lama lagi.  Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

************************************************

MANFAAT VIVIX SHAKLEE:


1)  Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.
 
2) Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

 
3) Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
 
 
VIVIX SHAKLEE tok bagus juak utk kulit, rambut, tenaga, pengidap kencing manis, darah tinggi, elak kanser, utk mata dan sebagai nya..
 
Pendek kata utk kesihatan dan kecantikan menyeluruh lah ok..
 
kmk rasa ya ajak.. ada masa kmk tulis gik apa2 yang terkini wokehh..
 
love:
Aidajwk
013-8024147


 

Khamis, 23 Mei 2013

Cinch Energy Tea mix

Assalamualaikum ...
apa khabar semua... saya tak lah pandai sangat untuk mengarang tp I try lah ok  hehehee..
di sini saya nak share plak pengalaman say aminum Cinch Energy Tea Mix by Shaklee...
Hari ni (23/05/2013) dah masuk 6 hari saya dan suami amalkan minuman ni... Walaupun minum Teh tanpa gula ramai yang tak gemar kan.. tapi bagi saya ok jer minum Teh ni... Tak lah teruk sangat rasa nyer sebab aroma Cinch Tea ni lain sikit dan ok je untuk di minum...

Mula2 memang agak sukar sikit tp hari ni dah masuk hari ke 6 segalanya menarik dan best jer amal minuman ni...

banyak juga manfaat Cinch tea ni..
Di antara nya : (pengalaman saya dan suami)

# Sentiasa bertenaga ( kurang rasa letih, lesu, malas or mengantuk di siang hari)
# Angin keluar dengan lancer (faham2 je lah ok .) hehee
# Jarang dah rasa sakit2 badan apabila bangun pagi
# Berat badan memang stabil cuma En suami kena ambil masa sikit sebab saiz XXL... (tengan usaha nak susutkan sikit saiz sebab tu amalkan minuman ni..
# Minuman ni boleh je minum panas, suam, sejuk or ais

Sebenarnya banyak lagi manfaat nya.. Cinch Tea ni sangat bagus untuk mereka yang ingin turunkan berat badan.

Tak rugi sebenarnya mengamalkan minuman yang ternyata berkhasiat ni dan dalam masa yang sama kesihatan kita pun terjamin...

*********************************************************************************
Cinch™ Energy Tea Mix

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

•    Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk.
•    Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
•    Peningkatan tenaga segera.
•    Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

***************************************************************************************************
Nasihat saya : Pastikan minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk kesan yang lebih bagus dan proses penurunan berat badan berjalan lancar.



Jika ingin maklumat lebih lanjut jangan lah segan silu untuk menghubungi saya :

sms / call : 019-8417576
Whatsapp : 016-5758087

aidajwk

Selasa, 21 Mei 2013

Gentle Deep Foaming Cleanser

Assalamualaikum
Hari ni tetiba plak rasa nak story pasal Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee ni..
Saya dah guna pencuci muka ni dari November 2012 dan sehingga kini (Mei 2013) belum habis lagi .. ahaaaa.. sangat jimat.. jimat .. jimat...

Ia nya sungguh segar dan muka memang terasa bersih serta gebu....

Biasanya sesetengah orang berfikiran Jenama Shaklee Mahal. Akan tetapi sebenarnya tidak mahal sbb kita tengok sahaja tempoh untuk  Gentle Deep Foaming Cleanser ni habis sangat lama...

Saya dah gunakan selama masuk 6 bulan tetapi masih berbaki banyak... Sungguh jimat la dan sangat berkualiti...

Ia nya bersih dn sangat semulajadi

-aidajwk-
sms / call : 019-8417576
whatsapp : 016-5758087

Jumaat, 17 Mei 2013

Meal Shakes

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
*********************************************************************************************************
 
Semalam (15/05/2013) seorang kenalan pm tentang kegembiraan hatinya apabila pergi ke klinik dan mendapat tahu berat anak nya bertambah  1.5 kg. Menurut beliau sebelum minum dan mengamalkan Meal Shakes anak nya seorang yang jarang menyusu dan tidak kuat makan.
 
Akan tetapi setelah mencuba Meal Shakes hanya baru 2 minggu beliau mendapati:
 
1) berat anak nya bertambah
2) anak nya sering menyusu 
3) Berselera makan
4) Jarang makan makanan ringan
 
Alhamdulillah, Meal Shakes memang hidangan yang pantas, berkhasiat, selamat dan enak...
 
Hubungi saya untuk info lanjut ..
 
HP : 019-8417576
Page fb : Cantik & SIHAT - Aida JWK 

Khamis, 16 Mei 2013

Tip Penjagaan Jantung

Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.

Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.

Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?

Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.

Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.

Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.

Kawalan berat badan

Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.

Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.

Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.

Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.

Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.

Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

Bersenam

Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.

Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup

Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.

Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.
 

Selasa, 14 Mei 2013

Vivix Shaklee

Vivix™

Revolusi Terbaru dari ShakleeVivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 

Bakal dipatenkan tidak lama lagi.  Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.
 
************************************************
 
Secara ringkasnya, senarnya Vivix ini :

-Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

-Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

-Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

****************************************************
Saya teruja dengan testimoni yang di ambil dari blog iffa. Iffa sharekan testimoni maknya setelah minum sebotol VIVIX. Kalau sebelum ni saya ada share testimoni Iffa sendiri. Rupa-rupanya satu family Iffa minum Vivix. Best kan!! Jom kita baca.

TESTIMONIAL: Setelah Habis Sebotol Vivix - Mak Rasa Lebih SIHAT & KUAT , SAKIT LUTUT pun HILANG, Boleh ANGKUT 4 TANDAN KELAPA SAWIT BERULANG KALI!! Alhamdulillah, Syukur pada Allah kerana beri Kesihatan Buat Bonda Iffa

Iffa Anuar
VIVIX Adalah Jawapan Kepada Sinar Baru Dalam Hidup Anda, InsyaAllah - Tiada Sakit Yang Tiada Penawar, Kecuali MATI
******************************************************************************
******************************************************************************

Siapa diantara pengguna Vivix?

Ayu Raudhah, pelakon jelita adik kepada Rozita Che Wan ini, dalam salah satu tipsnya, mengambil minuman VIVIX daripada Shaklee sebagai suplemen harian beliau.
 

 

 
 
Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut:
 
aidajwk
019-8417576
 
 

Rasa Macam 1 Mimpi.. Tapi Inil lah Hakikatnya

Assalamualaikum

Hari ni genap lah 7 bulan saya buat bisness Shaklee..
Mula-mula dulu hanya sekadar suka-suka dan beli supplement hanya untuk buang parut jerawat jer..

tapi bila dah rasa 7x bonus sepanjang 7 bulan ni, saya tak suka-suka lagi dah, sbb saya dah tekad akan buat bisnes ni betul-betul dan sungguh-sungguh...

dari bonus 2 angka sekarang saya dapat 4 angka.

RASA MACAM SATU MIMPI...
tapi
INILAH HAKIKATNYA...

ALHAMDULILLAH YA ALLAH... TERIMA KASIH ATAS NIKMAT MU ...

Love,
aidajwk

Big Dream...

Jumaat, 19 April 2013

KEPENTINGAN MINUM AIR KOSONG/PUTIH


Kita memang  dinasihatkan untuk meminum air putih dengan banyak kerana jika kekurangan air badan kita akan mudah terganggu oleh pelbagai dehidrasi,keletihan,kurang tumpuan dan boleh juga menyebabkan sakit kepala dan juga pelbagai masalah lain akan berlaku.

Untuk pengetahuan anda 60 peratus dari tubuh kita adalah air jadi air memang penting untuk tubuh kita.

Minumlah dua gelas air putih, dua jam sebelum berolahraga dan sepanjang berolahraga itu sempatkanlah diri anda untuk minum beberapa teguk air setiap 15 minit dan minum dua gelas lagi bagi setiap 15 minit dan minumlah dua gelas lagi setelah selesai berolahraga.

Potassium,Sodium,magnesium,chloride dan sulphur adalah sejenis mineral yang terdapat dalam air putih dalam kadar berbeza-beza iaitu bergantung kepada dari mana sumber air tersebut diperolehi.

******************************************************************************
Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.


Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan
atau minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.


Manfaat meminum air putih/kosong:

1. Menetralisir racun dalam tubuh
2. Membakar lemak
3. Membersihkan racun dalam ginjal

Minum air dan tetap sehat dan aktif. Untuk siapa saja yang suka Minum air ais(air dingin).

Hal ini sangat masuk akal, orang Chinese dan Jepun minum teh panas(tanpa gula&susu) setelah makan, bukan air ais. Mungkin ini saatnya bagi kita untuk menukar kebiasaan tersebut.


Mungkin sangat nikmat minum air ais setelah makan, namun air ais akan membekukan lemak yang baru saja kita makan . Dengan membekunya lemak akan memperlambat pencernaan.

Ketika lemak yang membeku ini bereaksi dengan asam, lemak akan dipecah dan diserap intestine lebih cepat dibanding makanan pada. Dengan cepat akan berubah menjadi lemak dan dapat menimbulkan barah . Sangat disarankan untuk menkonsumsi sup panas atau air hangat setelah makan. Air mineral pun okay juga  kalau korang rajin..



Masa yang sesuai untuk minum:

1-minum 2 gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR. ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.


2-minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN. ianya membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.


3-minum segelas air masak SEBELUM MANDI. ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.


4-minum segelas air masak SEBELUM TIDUR. ianya dapat mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur.


Kesimpulannya kita sangat2 digalakkan untuk minum air masak sekerap yang boleh dengan kadar yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di atas adalah masa yang baik untuk minum air.


info: http://v12gether.blogspot.com




Khamis, 18 April 2013

NUTRIFERON SHAKLEE

Assalamualaikum semua pengunjung blog aidajwk...
Apa khabar.. Sory la sebab lama tak update blog.. agak busy sikit kebelakangan ni..
 
Hari ni Aidajwk nak story sikit pasal  PROMOSI APRIL.. iaitu NUTRIFERON SHAKLEE..
Nak tahu apa Nutriferon?


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan,mencegah sebarang penyakit.



*************************************************************************
NutriFeron

Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima

 # Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.
 # Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan
 # Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan        penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 
 
# Nutriferon mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. 
 
# Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.
 
 
Apa best nya Nutriferon ni?
 
1.Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

2.Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*

3.Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.

4.Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi.
 
 

Nutriferon ni boleh juga di bawa ke mana sahaja. Mana tau tetiba rasa nak Demam, Selsema, Batuk , elergi or apa - apa sakit yang mudah 'singgah' dekat kita..
 
Tak perlu minum setiap hari pu... Boleh di amal seminggu sekali atau kalau demam boleh lah ambil tiap-tiap hari..
 
Nutriferon dapat menguatkan system Imun badan dalam masa 3 hari...
 
KENAPA PERLU DAPATKAN SEGERA DARI SAYA PADA BULAN INI..??
 
Ini kerana NUTRIFERON di jual dengan harga PROMOSI  pada bulan April 2013 ini..
Harap jangan ada yang terlepas peluang keemasan ini ok..
 
Hubungi saya segera...


Jumaat, 1 Mac 2013

OSTEMATRIX SHAKLEE

Assalamualaikum...
Selesai Promosi bulan februari iaitu Omega Guard shaklee...
kini bulan Mac 2013 ada promosi tak kurang hebatnya iaitu Ostematrix shaklee...

Nak tahu, siapa yang cari botol Ostematrix ni.??


 **** Ibu hamil

- Ibu yg hamil sering letih dan di serang kekejangan / cramp... jadi OSTEMATRIX Shaklee sangat sesuai untuk masalah sebegini.... Kalsium sangat penting sewaktu hamil...

-APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.


Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil?

Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak.

Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.


**** ibu menyusu yg nak BOOST susu

**** ibu2 menyusu tadi yg belikan utk mak mereka

**** para suami yg belikan utk isterinya

**** kwn2 sy yg belikan utk parents...

**** kesimpulannya mmg best...sebotol Ostematrix (CalMag) hanya rm49 (120bj)... best kan.. murah tapi kesannya.. amat mengujakan..


Fakta ringkas: OsteMatrix Membekalkan:

•1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
 •400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
 •400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kaplet bersalut yang mudah ditelan
 •Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.

Sumber : http://www.mamafaiz.com